Shopping Cart
🔥 These products are limited, checkout within
00m 00s
Para ulama salaf dahulu sanggup bermusafir, menulis, berdebat dan diuji hanya demi menjaga akidah umat.
Kenapa?
Sebab mereka faham:
Kalau rosak akidah…
rosak seluruh agama.
Ya…
Imam yang sama yang kita bangga sebut nama beliau setiap kali membaca hadis sahih dalam Sahih al-Bukhari.
Tetapi ramai tak tahu…
beliau pernah dibenci,
dipulau,
dan diusir dari kampung halamannya sendiri kerana mempertahankan manhaj Salaf dengan ilmu, dalil dan hujah.






✅ Tersimpan di Perpustakaan al-Sa’idiyyah, Hyderabad, India.
✅ Manuskrip paling berautoriti bagi kitab ini, sanadnya bersambung kepada Imam al-Bukhari.
✅ Manuskrip ini telah melalui proses muqabalah (semakan dan perbandingan), dari sudut kualiti dabt, manuskrip ni memang juara.
✅ Ini manuskrip induk yang dijadikan rujukan utama Dr. Fahd al-Fuhayd dalam tahkik kitab ini.

Kitab ini tidak dibina atas dasar emosi semata-mata.
Bukan dengan falsafah.
Bukan dengan retorik kosong.
Tetapi dibina atas:
✔ hadis,
✔ athar salaf,
✔ hujah ilmiah,
✔ dan kefahaman generasi awal umat Islam.
yang menjelaskan bahawa Al-Qur’an ialah Kalam Allah yang tidak diciptakan.
Namun bacaan, suara, tulisan dan gerakan lidah manusia ialah perbuatan hamba—dan perbuatan hamba adalah makhluk ciptaan Allah.
Ini naskhah yang lahir daripada sebuah zaman penuh fitnah, kekeliruan dan pertarungan pemikiran.
Ketika umat Islam berpecah dalam memahami isu Kalam Allah…
Ketika Jahmiyyah dan Mu‘tazilah mula menyebarkan fahaman bahawa al-Qur’an yang kita baca itu adalah makhluk…
Dan ketika sebahagian manusia pula menjadi terlalu keras sehingga tersalah memahami isu lafaz dan perbuatan hamba…
Imam al-Bukhari tampil mempertahankan Manhaj Salaf dengan ilmu, dalil dan hujah.
👉 Beliau tidak memilih jalan selamat.
👉 Beliau tidak memilih jalan populariti.
👉 Beliau memilih jalan ilmu.
Lalu, beliau menyusun sebuah karya yang menjadi rujukan penting dalam tradisi Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah:
📖 Khalq Afʿāl al-ʿIbād
Kini diterjemahkan sebagai:
Perbuatan Hamba Menurut Akidah Salaf
Dalam buku ini, anda akan temui:
📌 Kajian lengkap tentang akidah salaf
📌 Biografi Imam al-Bukhari
📌 Kisah Fitnah Lafaz al-Qur’an
📌 Manhaj beliau dalam isu sifat Allah
📌 Teks penuh kitab yang ditahkik
📌 Kod QR untuk akses ke rakaman daurah dalam talian.
Justeru, penerbitan kitab ini diharap dapat merapatkan jurang di antara dua kelompok mainstream di tanah air kita.
Dan supaya kita dapat singkirkan bibit-bibit Jahmiyyah yang mula muncul untuk memporak-perandakan kesatuan umat Islam di Malaysia ini.
Amiin ya Rabb.




✅ Karya Agung Daripada Tokoh Hadis Terulung—Buku ini adalah tulisan Imam al-Bukhari, seorang genius yang diiktiraf kehebatannya oleh tokoh besar seperti Imam Ahmad, Ibn Khuzaymah, dan Imam Muslim yang bersaksi: “Tidak ada di dunia ini seorang pun yang sepertimu.”
✅ Memiliki Latar Belakang Sejarah yang Sangat Dramatik—Naskhah ini lahir daripada “darah dan air mata” perjuangan. Ia ditulis berikutan peristiwa “Fitnah Lafaz al-Qur’an” yang menyebabkan Imam al-Bukhari difitnah, diboikot, dan akhirnya diusir dari Naysabur.
✅ Jawapan Tuntas Kepada Dua Golongan Ekstrem—Buku ini sangat bernilai kerana ia membantah dua kumpulan ekstrem serentak: kumpulan Jahmiyyah dan Mu’tazilah yang melampau menafikan sifat Allah sehingga mendakwa al-Qur’an itu makhluk, dan kumpulan ekstrem Ahl al-Sunnah (al-Lafziyyah) yang mendakwa bahawa perbuatan hamba membaca al-Qur’an itu bukan makhluk.
✅ Kajian Tahkik Peringkat Kedoktoran (PhD)—Edisi terjemahan ini disandarkan kepada naskhah Arab yang ditahkik dengan sangat teliti oleh Dr. Fahd bin Sulayman al-Fuhayd. Tahkik ini merupakan kajian tesis kedoktoran beliau di Universiti Islam Imam Muhammad bin Sa’ud, Riyadh, yang membandingkan pelbagai salinan manuskrip asal.
✅ Memuatkan Teks Asal—Buku ini bukan sahaja menyediakan terjemahan penuh teks asal (Khalq Af’al al-‘Ibad), malah dilengkapi dengan bahagian kajian (Dirasah) yang memuatkan biografi Imam al-Bukhari, pengembaraan ilmunya, serta sejarah fitnah yang menimpanya.
✅ Akses Bonus Eksklusif: Daurah Dalam Talian—Penerbit menyertakan nilai tambah khusus untuk pembeli buku ini melalui satu kod QR eksklusif. Kod ini membolehkan pembaca mengakses Daurah Dalam Talian khas bersama pembaca lain bagi mempelajari dan mendalami isi kandungan kitab ini.
✅ 590 muka surat (Hard cover) – 6 x 9 inch
✅ Terjemahan bahasa Melayu Malaysia, beserta teks arab disertakan pada tempat yang perlu.









kami lancarkan juga:
📘 Novel Biografi Imam al-Bukhari
Sebuah karya yang membawa pembaca melihat:
— bagaimana beliau mengembara menuntut ilmu,
— bagaimana beliau diuji,
— bagaimana beliau mempertahankan prinsip,
— dan bagaimana beliau tetap teguh walaupun dipulau dan diasingkan.
Kadang…
kita membaca nama ulama,
tetapi tidak pernah benar-benar merasai pengorbanan mereka.
Novel ini cuba membawa jiwa pembaca mendekati sisi itu.
Supaya kita sedar…
agama ini tidak diwariskan kepada kita dengan kesenangan.
Tetapi dengan pengorbanan para ulama.
📖 Satu kitab membina kefahaman.
📘 Satu novel membina rasa cinta dan penghargaan.
Gabungan yang sangat sesuai untuk:
✔ penuntut ilmu,
✔ pencinta buku Islam,
✔ guru agama,
✔ mahasiswa,
✔ dan sesiapa yang mahu mengenali Imam al-Bukhari dengan lebih dekat.


KOMBO AL-BUKHARI
Klik butang di bawah untuk beli sekarang 👇🏻


PAKEJ 1 BUKU
Klik butang di bawah untuk beli sekarang 👇🏻


PAKEJ 2 BUKU
Klik butang di bawah untuk beli sekarang dan hadiahkan naskah kedua pada kawan-kawan 👇🏻

Jawapan soalan lazim di bawah boleh bantu anda untuk dapatkan maklumat lanjut sebelum membuat keputusan untuk dapatkan buku ini.
Penulis asal naskhah ini ialah tokoh ilmuwan dan ahli hadis yang paling agung dalam sejarah Islam, iaitu Imām Muḥammad bin Ismāʿīl al-Bukhārī yang juga merupakan penyusun kitab Ṣaḥīḥ al-Bukhārī.
Kitab ini ditulis untuk merungkai kekeliruan yang timbul akibat “Fitnah Lafaz al-Qur’an“. Ia bertujuan membantah dua kumpulan ekstrem serentak: golongan Jahmiyyah dan Mu’tazilah yang mendakwa al-Quran itu makhluk, dan golongan ekstrem yang mendakwa bahawa perbuatan hamba (seperti melafazkan al-Quran) itu bukan makhluk.
Buku ini sangat penting untuk dibaca oleh para ilmuwan, asatizah, penuntut ilmu, dan juga pembaca awam yang ingin kembali kepada kefahaman akidah Salaf yang sebenar dalam memahami sifat-sifat Allāh.
Tidak. Penterjemah telah mengambil pendekatan yang mesra pembaca umum dengan meringkaskan takhrij hadis yang asalnya sangat panjang dalam teks Arab. Olahan ini dibuat bagi menyeimbangkan antara ketelitian ilmiah dan kebolehcapaian pembaca agar maklumat mudah dihadam tanpa mengorbankan intipati perbahasan. Kita juga akan mengadakan daurah online bersama pembaca untuk sama-sama kita mengambil istifadah daripada kitab ini daripada asatizah yang pakar dalam bidang akidah.
Buku ini memberikan garis pemisah yang sangat halus dan jelas: Al-Qur’an yang dibaca itu adalah Kalam Allāh (bukan makhluk), namun perbuatan manusia ketika membaca (seperti suara pembaca, pergerakan lidah, tulisan dan dakwat) adalah makhluk ciptaan Allāh.
Naskhah ini memiliki sejarah yang sangat emosi dan dramatik. Ia dikarang berikutan peristiwa di mana Imam al-Bukhari telah difitnah, diboikot oleh orang ramai, dan akhirnya terpaksa keluar dari kota Naysabur semata-mata kerana ketegasan beliau mempertahankan kebenaran dalam isu lafaz al-Quran ini.
Teks Arab bagi edisi terjemahan ini berasaskan kajian dan tahkik yang sangat teliti oleh Dr. Fahd bin Sulaymān al-Fuhayd. Kajian ini pada asalnya merupakan tesis kedoktoran (PhD) beliau di Universiti Islām Imām Muḥammad bin Saʿūd, Riyadh.
Buku ini mengandungi dua bahagian utama. Bahagian pertama membentangkan Kajian (Dirasah) yang merangkumi biografi lengkap Imām al-Bukhārī, sejarah fitnah yang menimpanya, serta manhaj beliau dalam akidah. Bahagian kedua pula barulah memuatkan terjemahan penuh bagi matan asal kitab Khalq Af’al al-‘Ibad berserta riwayat-riwayatnya dan teks arab disertakan pada tempat yang perlu.
Buku ini mempunyai 590 muka surat dalam format hardcover dengan kertas premium creamy. Selesa untuk dibaca dan sesuai dijadikan koleksi.
Ya. Pembeli buku ini akan mendapat akses kepada Daurah Dalam Talian khas bersama pembaca lain bagi mendalami kitab ini. Akses ini boleh didapati dengan mengimbas kod QR yang disediakan di halaman awal buku.
Ya, kandungan buku ini sangat berautoriti dan mempunyai tahap kesahihan yang tinggi. Ia dikarang oleh tokoh hadis terulung, iaitu Imām al-Bukhārī.
Lebih meyakinkan lagi, edisi terjemahan ini disandarkan kepada edisi Arab yang telah disemak (ditahkik) dengan sangat teliti oleh Dr. Fahd bin Sulaymān al-Fuhayd berpandukan manuskrip-manuskrip asal yang bersanad terus kepada Imām al-Bukhārī. Kajian tahkik tersebut pada asalnya merupakan tesis kedoktoran (PhD) beliau di Universiti Islām Imām Muḥammad bin Saʿūd, Riyadh.
Semua hujah di dalam buku ini juga disandarkan terus kepada panduan wahyu yang kukuh iaitu al-Qurʾān, al-Sunnah, serta athar para ulama salaf.
Buku ini sangat penting kerana ia merungkai persoalan akidah yang kompleks dan menjadi panduan yang jelas dalam membezakan antara sifat kalām Allāh (bahawa al-Quran itu bukan makhluk) dan hakikat penciptaan perbuatan hamba (seperti bacaan dan suara manusia itu adalah makhluk).
Ia juga sangat menarik untuk dibaca kerana padanya terselit latar belakang sejarah yang dramatik berkenaan “Fitnah Lafaz al-Qurʾān” yang dihadapi oleh umat Islam pada masa itu, sehinggakan keteguhan Imām al-Bukhārī mempertahankan akidah ini menyebabkan beliau difitnah, diboikot, dan akhirnya diusir dari kota Naysabur.
Walaupun ia sarat dengan hujah ilmiah, penterjemah telah mengolah karya ini agar ia mesra pembaca umum dengan memendekkan takhrij hadis yang asalnya panjang supaya intipatinya lebih mudah dihadam dan dinikmati oleh pembaca pelbagai lapisan.
Don't have an account yet? Sign up for free
Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email. Remember now? Back to login
Already have an account? Log in